Melalui hari - hari yang sukar di zaman ini, seringkali kita kebingungan apabila kita berada dalam situasi resah gelisah. Kepada siapakah ingin kita khabarkan perasaan gundah itu? Kita sering khabarkan kesusahan kita itu pada manusia, sedangkan manusia pada hakikatnya tidak mampu berbuat apa-apa. Kita sering terlupa bahawa kita ada Allah. Dialah yang melorongkan jalan penyelesaian kepada kita. Dia jualah yang melapangkan perasaan kita yang sebelumnya sempit dan menyesakkan. Mohonlah kepadaNya yang Maha Kaya yang tidak memerlukan apa-apa dari manusia. Kenapa? Kerana Dialah satu-satunya tempat yang paling layak untuk kita memohon. Dialah yang paling layak untuk kita minta pertolongan.
Firman Allah dalam surah al-Fatihah ayat 5: "hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan".
Adukanlah semua permohonan kita kepada Allah kerana Dialah yang paling mengetahui segala permasalahan kita. Bersimpuhlah di hadapannya, letakkanlah dahimu ditempat sujud dengan sepenuh kerendahan hati memohon maghfirah ampunannya, titiskan air matamu keranaNya, kerana Dialah penawar segala luka dihatimu itu. Yakinlah bahawa doamu pasti dimakbulkan, jika tidak didunia insyaallah di akhirat kelak menjadi pasti.
Sekeping hati jika baik ia baiklah seluruh tubuhnya tetapi jika buruk ia buruklah seluruh tubuhnya
Thursday, December 8, 2011
Sunday, November 27, 2011
Perjuangan merebut cinta Allah
Kehidupan seorang insan itu tidak sunyi dari pertarungan antara hak dan batil. Keduanya - duanya saling tarik menarik antara satu sama lain. Dibentangkan di hadapan seorang insan itu hak untuk memilih satu antara dua. Seperti yang terdapat di dalam surah asy - Syams ayat 8, maka Dia mengilhamkan kepada seseorang itu jalan kejahatan dan ketakwaan. Beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya.
Untuk menyucikan jiwa memerlukan kepada mujahadah iaitu mendidik diri dengan perkara yang nafsu tidak suka. Sebagai contoh, menyedikitkan makan atau menyedikitkan tidur atau menyedikitkan bercakap. Semua ini dilakukan secara sederhana dalam rangka mendekatkan diri kita dengan Allah.
Perjuangan merebut cinta dan kasih Allah bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kepada pengorbanan. Mana mungkin untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai tanpa melakukan pengorbanan. Tanyakan kepada diri kita sehingga saat ini, sejauhmanakah pengorbanan yang telah kita lakukan sebagai bukti kasih dan cinta kita kepada Allah? Jawapannya ada di tangan kita, maka kitalah yang perlu bertindak sekarang untuk merealisasikannya. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?
So, let we begin now!
Saturday, November 26, 2011
Hubungan dengan sang Pencipta
Kadangkala kita terlupa untuk memikirkan bahawa setiap saat dan hidup kita dihitung dan dikira oleh Allah. Kadangkala kita terlupa untuk bertanya diri kita apakah perbuatan sehari - hari yang kita lakukan itu Allah suka atau tidak. Tetapi apabila kita tersungkur berputus asa baru kita tersedar untuk mencari rahmat Allah.
Friday, November 25, 2011
Iman itu bertambah dan berkurang
Nikmat iman adalah nikmat yang terbesar dalam hidup seorang muslim. Tanpa iman, hidup seorang hamba Allah itu ibarat bangkai yang bergerak. Kehidupan yang tawar dan hambar.
Sepatutnya, seorang hamba Allah itu, menghargai iman yang Allah berikan dengan menjaga solat 5 waktu, memperbanyakkan membaca al-Quran, melaksanakan perkara yang Allah suka dan menghindari perkara yang Allah tak suka.
Subscribe to:
Posts (Atom)