Thursday, January 5, 2012

bila kau merasakan tiada siapa siapa...

Jangan sekali kita pernah lupa bahawa kita ada Allah
Bila kita berasa keseorangan jangan sekali kita melupakan bahawa kita ada Allah. Bila kita berasa kesepian, jangan sekali kita lupa bahawa Dia ada. Dia sedang menguji kita dimanakah kita meletakkan pergantungan harapan kita. Berpautlah pada yang Maha Esa, kerana Dia kekal ada. Dia tidak akan meninggalkan kita ketika orang lain meninggalkan kita. Dia tidak akan mengecewakan kita ketika orang lain mengecewakan kita. Dia akan mendengar segala luahan hati kita ketika orang lain tidak mampu memahami kegalauan hati kita. Sandarkanlah harapan kita padaNya, kerana Dia adalah segalanya. TanpaNya hidup kita jadi tidak bererti, dilambung badai ombak kehidupan yang tiada mengenal erti belas kasihan.